Tahniah kepada 130 orang calon PMR 2009 kerana mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR. Mereka telah mencapai 100% lulus dan 95.4% (124 orang calon) memperoleh semua A dan 4.6% (6 orang calon) memperoleh B dalam Sejarah dengan gred purata 1.05.
Pencapaian subjek Sejarah PMR 2009 merupakan pencapaian terbaik semenjak 2000. Sikap positif dan kesungguhan pelajar merupakan kunci kecemerlangan keputusan Sejarah PMR 2009. Para pelajar menunjukkan komitmen sejak bulan Januari hingga Oktober 2009.
Tahniah juga diucapkan kepada semua panitia Sejarah yang bertungkus-lumus, sedia mengorbankan masa dan tenaga untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam PMR.
Diharapkan usaha para panitia Sejarah diteruskan untuk menjayakan lebih ramai lagi pelajar. Para pelajar Tingkatan 3 tahun 2009 yang memasuki Tingkatan 4 tahun ini pula mesti meneruskan usaha anda supaya memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaan dan mencapai semua A dalam SPM tahun 2011.
SELAMAT DATANG KE SMSTJ
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan Satu. Semua panitia Sejarah mengalu-alukan kedatangan anda semua ke SMSTJ. Semoga anda semua dapat meneruskan kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah di sekolah ini.
BERITA TERKINI
JAMUAN HARI RAYA 2009
Salam Aidil Fitri kepada semua warga SM Sains Tuanku Jaafar. Pihak sekolah dengan sukacita menjemput semua warga sekolah untuk menghadiri Jamuan Hari Raya peringkat sekolah seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 3 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : Jam 11.00 hingga jam 3.00 petang
Tempat : Perkarangan Dewan Sri Bestari, SMSTJ
Juadah Istimewa ; seperti Lemang, rendang, satey,ketupat, soto ayam, kueh tiaw kerang, nasi goreng minang, cendol, kuih raya dan banyak lagi.
Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Selamat Hari Raya.

Subscribe to:
Posts (Atom)